recipe! *kek lapis hawflakes

.:Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang:.
Asslamualaikum.. ;)

fuhh..fuhh.. ish3..
da besawang + berhabuk da blog nie..
sorry la da lma x update..bz ckit..huhu

ok,today fatyn nk share recipe kek lapis hawflakes.
fatyn da lma ta wat kek nie.ingat nak wat utk raya aidiladha nie..huhu..
takowt x jadi plak an.so, ahad lpas fatyn try wat utk my friends.
sbgai bhan experiment..hehe #janganmarah.

ok.1stly kita sediakan bhan2 dulu k.

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
telur (gred A)-5 biji
gula kastor/gula pasir-220g
esen vanila-1 s/teh
*ovallate-1 s/besar

BAHAN B:
tepung gandum-225g } diayak
baking powder-1 s/teh } diayak

BAHAN C:
susu cair-150ml
minyak-100ml

#coklat hawflakes (seperti diatas)
pewarna - ikut citarasa

CARANYA:
1.pukul bahan A sehingga kembang.

2.masukkan bahan B & C sedikit demi sedikit secara berselang-seli.

3.then, bahagikan kepada 2/3 bahagian (mengikut jmlah warna yang diinginkan)

4.masukkan lapisan pertama dan kukus selama 10-15 minit.

5.selepas dikukus,susun coklat hawflakes keatas lapisan tersebut. kemudian barulah tuangkan lapisan ke 2 ke atas coklat yang telah disusun tadi.

6.ulang langkah tersebut untuk lapisan ke 3 sehingga ke lapisan terakhir.

7.lapisan terakhir mestilah dikukus antara 20-25 minit.

8.selepas selesai mengukus. biarkan sejuk seketika dan boleh dihidangkan. :)

ok.nie la rupa kek lapis hawflakes 2.
selamat mencuba !sebarang kekeliruan boleh tanya yea :P

Terima Kasih Sudi Baca Entri Fatyn! Jangan Lupa Follow~~

No comments:

Post a Comment