.:Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang:.
Asslamualaikum.. ;)
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali
hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya
dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil
mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan
berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan
di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu
mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di
belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil
isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada
engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga
membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
p/s: as a conclusion, mulakan something dengan lafaz 'Bismillah'. ta rugi pown nk mlafazkan perkataan 2.so, renung-renungkan dan selamat beramal :)



No comments:
Post a Comment